Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Logo PETRONAS Dan Mercedes-AMG Pada Kad TNG NFC Diguna Tanpa Kebenaran

Posted on Januari 13, 2023Januari 13, 2023

Petronas kini memaklumkan tentang penggunaan logo PETRONAS dan Mercedes-AMG PETRONAS Formula One Team (MAMGP) oleh pihak tertentu tanpa kebenaran.

{suggest}

Dinyatakan, penggunaan kedua-dua logo itu telah dikesan dalam penjualan barangan dagangan, termasuk pakaian dan kad NFC Touch ‘n Go yang dijual secara dalam talian oleh pihak tertentu.

Petronas turut memaklumkan pihaknya tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang tuntutan berkaitan pembelian barangan yang menggunakan cap dagangan berdaftar tanpa kebenaran.

Logo yang digunakan tanpa kebenaran

Berikutan itu, Petronas kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam usaha membendung penyalahgunaan jenama itu.

Terdahulu, Touch ‘n Go turut mengingatkan pengguna untuk membuat pembelian hanya melalui saluran rasmi dan stesen minyak terpilih sahaja.

Sumber: PETRONAS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress