EA telah mendedahkan logo baharu bagi francais permainan video mereka selepas perjanjian kerjasama 30 tahun bersama FIFA tamat.
Join the Club https://t.co/w1dtuLclDp
We can’t wait to show you the future of football this July #EASPORTSFC pic.twitter.com/pS1fw8pFgZ
— EA SPORTS FIFA (@EASPORTSFIFA) April 6, 2023
Pada pertengahan tahun lepas, EA telah mendedahkan FIFA 23 adalah game terakhir bagi francais permainan video bola sepak itu.
Setelah itu, EA telah menukar atau memperbaharui nama francais itu kepada EA Sports FC dan tidak lagi menggunakan nama FIFA.
Hal ini demikian kerana nama tersebut telah pun dilesenkan kepada persekutuan bola sepak antarabangsa itu. Logo baharu itu dilihatkan nama FC dalam bentuk segi tiga.
Bentuk itu merujuk kepada tanda segi tiga yang muncul pada pemain yang kita kawal dalam versi FIFA terdahulu. EA menambah bahawa penjelasan lanjut akan diumumkan pada bulan Julai ini.
Hal ini demikian kerana EA tidak boleh sesuka hati menggunakan sebarang nama kelab atau pasukan bola sepak di bawah pengurusan FIFA.
{suggest}
Oleh itu, kita tidak tahu bagaimana keadaan dan ketersediaan game EA Sports FC selepas ia dilancarkan nanti.
Sumber: EA Sports FIFA