Sebuah iPhone 11 Pro yang didakwa telah disalah cetak kini dilaporkan dijual pada harga AS$2,700 iaitu kira-kira RM11,168.
Menerusi perkongsian Internal Archive di Twitter, ia memperlihatkan iPhone 11 Pro hadir dengan logo Apple di bahagian belakang yang tidak diposisikan dengan betul. Logo yang kebiasaannya berada di tengah panel belakang, diposisikan condong ke arah kanan.
Mengambil kira proses pemeriksaan kualiti yang ketat, ianya adalah sesuatu yang jarang berlaku bagi sebuah produk Apple. Disebabkan itu, berkemungkinan ia menjadi rebutan ramai pengguna Apple.
A misprint iPhone 11 Pro that sold for 2700$. This misprint is extremely rare- I’d say 1 in 100 million or possibly even rarer. pic.twitter.com/68F7giZAbm
— Internal Archive (@ArchiveInternal) April 9, 2021
Akan tetapi, tidak dapat dipastikan bila dan bagaimana iPhone 11 Pro itu dijual pada harga tersebut. Juga, tidak dapat dipastikan jika imej berkenaan adalah sahih atau sebaliknya.
Apa kata anda mengenainya? Adakah berbaloi mendapatkan sebuah peranti yang dikategorikan sebagai “rare” dengan harga tersebut?
Sumber: Apple Insider