Pada 10 Julai lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah bertemu dengan penduduk sekitar di Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bagi mendapatkan maklum balas berkaitan masalah liputan telekomunikasi lemah di wilayah tersebut.

Hasil tinjauan SKMM bersama dengan wakil KETENGAH mendapati terdapat 10 menara sedia ada yang sedang dinaik taraf melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di sepanjang jajaran laluan Kg. Minda sehingga ke Pasir Raja di bawah Mukim Jengai dan Mukim Pasir Raja melibatkan Kg. Minda, Kg. Talong, Kg. Rantau Panjang, Kg. Kuala Jengai, Kg. Jongkok Batu, Kg. Shukor serta Kg. Pasir Raja.

Kerja-kerja naik taraf menara-menara itu dijangka siap secara berperingkat bermula November 2021 sehingga Februari 2022.

SKMM juga mendapati di sepanjang jajaran laluan Kg. Minda sehingga ke Pasir Raja juga ianya telah diliputi dengan jalinan gentian optik (Unifi).

Sehubungan itu, penduduk sekitar disyorkan memanfaatkan perkhidmatan tersebut dengan melanggan pakej yang bersesuaian.

Sumber: SKMM

Baca juga: 64 Kompaun Dikenakan Terhadap Maxis, U Mobile, Digi Dan XOX – SKMM