Lewat hujung tahun lepas, kita dikejutkan dengan pengumuman penutupan syarikat modifikasi perisian Android, Cyanogen.
Bekas-bekas pembangun sistem operasi CyanogenMod telah pun membangunkan sistem operasi baru dikenali sebagai LineageOS.
Sistem operasi baru ini diterima baik dari pengguna-pengguna yang pernah menggunakan CyanogenMod suatu ketika dahulu.
Oleh kerana mendapat sambutan yang agak menggalakkan, LineageOS sudah mengembangkan sokongan untuk beberapa peranti yang lain seperti:
- HTC 10
- Samsung Galaxy Note 10.1 2014
- Wileyfox Storm
- Galaxy Tab S 8.4 Wi-Fi
- Samsung Galaxy S II
untuk semua model diatas ia dibangunkan berasaskan Android 7.1.
Berdasarka statistik, pemasangan LineageOS keatas peranti sudah mencapai angka 1juta. Berikut antara peranti yang beroperasi dengannya:
- OnePlus One
- OnePlus 3/3T
- Galaxy S III (Model Antarabangsa)
- Redmi Note 3