Pada zaman sekarang, teknologi benar-benar telah memudahkan kehidupan manusia. Bermula dari membeli barang keperluan, berhubung dengan rakan-rakan atau memesan makanan, segalanya boleh dilakukan hanya menggunakan sebuah telefon pintar.
Untuk membantu anda dalam memaksimumkan lagi penggunaan telefon pintar dalam kehidupan seharian anda, kami akan senaraikan lima aplikasi yang berguna dalam kehidupan seharian anda.
1. Waze
Waze bukan sahaja merupakan aplikasi yang wajib ada dalam senarai ini, malah ia juga wajib ada dalam peranti milik anda. Alasannya mudah, ia merupakan aplikasi navigasi terbaik yang ada pada hari ini.
Walaupun terdapat banyak aplikasi navigasi lain di pasaran digital, Waze boleh dikatakan sebagai yang terlengkap di antara mereka. Anda boleh ubahsuai suara arahan, melaporkan kemalangan atau kehadiran pihak polis dan banyak lagi fungsi menarik yang lain.
2. Google Translate
Aplikasi ini sangat sesuai terutamanya bagi anda yang suka melancong atau selalu “outstation” ke luar negara. Google Translate menyokong penterjemahan bagi lebih dari 100 bahasa di dunia secara keseluruhan.
Antara fungsi menarik yang ada pada aplikasi ini ialah terjemahan boleh dilakukan melalui gambar, suara dan komunikasi dua hala.
3. Evernote
Sering terlupa tentang apa yang perlu anda lakukan seharian? Aplikasi ini amat sesuai untuk anda. Evernote memudahkan anda untuk mencatatkan apa sahaja yang anda inginkan sama ada tugasan kerja, jadual ataupun senarai barangan yang ingin dibeli.
Malah, catatan boleh dibuat dengan pelbagai bentuk seperti tulisan mahupun menggunanakan gambar.
4. MX Player
MX Player menjadi antara pilihan utama bagi pengguna peranti mudah alih untuk dijadikan sebagai pemain media. Ini kerana aplikasi ini menyokong majoriti daripada format video yang ada pada hari ini.
Fungsi seperti pen-zoom-an video, kunci skrin tayangan serta kawalan suara dan kecerahan paparan yang mudah juga menjadikan aplikasi ini menarik.
5. Alarmy (Sleep If You Can)
Buat anda yang susah untuk bangun tidur di luar sana, ini aplikasi sempurna untuk anda. Dengan aplikasi ini, memadamkan jam loceng tidak lagi semudah tekan butang “Henti”.
Melaluinya, anda perlu tetapkan gambar objek yang perlu diambil sebelum jam loceng boleh dipadamkan(seperti cawan di dapur). Dengan cara ini, anda terpaksa juga untuk bangun dari katil untuk menyah-aktifkan jam loceng sekaligus memastikan anda tidak sambung tidur semula.
Memang diakui, banyak lagi aplikasi mudah alih yang boleh dianggap berguna selain daripada aplikasi dalam senarai ini. Namun, ia hanyalah pendapat dari pihak kami sahaja dan kami berbesar hati untuk anda berkongsi pendapat anda bersama kami di ruangan komen.