Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
digi 5G

Lim Guan Eng Saksikan Pengalaman Pelancongan Masa Nyata Yang Dikuasakan 5G

Posted on Januari 21, 2020Januari 21, 2020

Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng baru-baru ini berpeluang untuk menyaksikan kes penggunaan pelancongan maya 5G yang diperkenalkan oleh syarikat Telekomunikasi Digi. Pengalaman pelancongan maya yang ditubuhkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi itu telah disaksikan di Rekascape, Cyberjaya.

Dikuasakan dengan latensi rendah dan data 5G yang tinggi, beliau dapat menyaksikan penyiaran Gunung Machincang sehingga 360 darjah. Pengalaman pelancongan maya yang ditubuhkan ini, pelancong dapat menikmati kehidupan Gunung Machinchang dari kamera yang dipasang di stesen tengah Langkawi Skycab.

digi 5G

Pameran ini adalah sebahagian daripada kes penggunaan Digi dalam Projek Demonstrasi 5G (5GDP) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Pameran ini bertujuan memudahkan, membangunkan dan mengadaptasikan kes penggunaan 5G secara langsung dalam persekitaran yang terkawal. Digi juga telah menjalin bekerjasama bersama Malaysia Airports dan Panorama Langkawi dalam menjayakan kes penggunaan ini.

Bagi anda yang mahu merasakan pengalaman pelancongan maya 5G ini. Ia dibuka untuk umum sehingga Mac 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress