Aplikasi mudah alih Twitter ketika ini sudah pun mempunyai tema gelap mereka sendiri namun ia disebut sebagai bukan “mod gelap sebenar” kerana menggunakan warna biru gelap.
Atas alasan itu, pihak Twitter telah mengumumkan bahawa mereka akan hadir dengan mod gelap baharu pada Januari lalu.
Selepas lebih kurang dua bulan, akhirnya mod tersebut telah pun mula tersedia bagi pengguna secara berperingkat.
It was dark. You asked for darker! Swipe right to check out our new dark mode. Rolling out today. pic.twitter.com/6MEACKRK9K
— Twitter (@Twitter) March 28, 2019
Akan tetapi, buat masa ini ia hanya tersedia buat pengguna iOS sahaja. Namun, pengguna Android juga dijangka akan menerima fungsi ini tidak lama lagi.
Bagi pengguna Twitter di iOS, anda boleh menyemak kemaskini aplikasi anda di App Store untuk menggunakan mod terbaru ini.