Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerusi kenyataan rasmi media memaklumkan bahawa agensi tersebut tidak mempunyai akaun Tik Tok sepertimana yang tular dalam media sosial beberapa hari lalu.

Ia berikutan beberapa media massa popular berkongsikan tangkap layar di platfom tersebut kononnya pihak LHDN telah membuat komen terhadap satu foto di platfom sosial itu.

Sumber: LHDN

LHDNM memaklumkan bahawa mereka hanya mempunyai akaun rasmi media sosial seperti berikut:

  1. Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
  2. Facebook : facebook.com/LHDNM
  3. Twitter : @LHDNMofficial
  4. Instagram : LHDNM
  5. Youtube : LhdnTube

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan akan disusuli pula dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat.

Ia adalah bagi mengelakkan identiti LHDNM terus disalahgunakan. LHDNM turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran di media sosial.

Sumber: LHDNM