Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melancarkan platfom informasi percukaian terbaru yang dikenali sebagai MyTax.
Antaramuka MyTax yang lebih mesra pengguna sekaligus memudahkan pengguna mengakses data dan maklumat mereka dicapai.
Selain itu, informasi cukai juga diringkaskan tetapi padat dan lebih mudah difahami.
Malah dengan menggunakan satu identiti juga, pembayar cukai kini boleh mengakses pelbagai sistem dan perkhidmatan seperti ByrHASIL, e-Filing, e-Kemaskini dan lain-lain.
Tidak terhad untuk diakses menerusi komputer meja sahaja, kini MyTax juga ditawarkan dalam bentuk aplikasi yang lebih mesra dengan pengguna peranti pintar.
Bagi anda yang belum memasang aplikasi MyTax dai LHDN, anda bolehlah memuat turun aplikasi tersebut dari Google Play Store (peranti Android), App Store (peranti iOS) dan App Gallery (peranti Huawei).
Sumber: LHDN