Sekali lagi LG Electronics membuat kehadirannya agar lebih dikenali dalam industri e-sukan secara global melalui kerjasama dengan Gen.G Esports.

Untuk pengetahuan, Gen.G adalah sebuah organisasi e-sukan terbesar di dunia. Dengan kerjasama ini juga, LG dan Gen.G akan mengembangkan lagi suasana e-sukan ke peringkat antarabangsa dengan bantuan monitor gaming LG UltraGear.

Tambahan lagi, Gen.G yang juga tersenarai dalam Forbes dengan kedudukan keenam sebagai syarikat paling berharga 2020 memiliki serta mengendalikan lapan pasukan profesional dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan China.

Mereka juga mempunyai sebuah akademi dalam menyediakan program pendidikan e-sukan yang inovatif dalam mencari pelapis masa depan dalam industri ini.

Bagi LG pula, mereka sangat komited untuk industri e-sukan. Malah, monitor LG UltraGear juga memberikan prestasi yang cemerlang terutama untuk permainan.

Selain itu, LG juga tidak asing lagi dalam penciptaan panel paparan yang berkualiti. Dengan ini, mereka telah mempunyai paparan 4K dengan teknologi Nano IPS serta masa tindak balas Gray-to-Grey (GTG) 1ms.