LG kini sedang membina telefon pintar LG G6 yang dikatakan mempunyai rekaan skrin lengkung OLED dan sistem cas tanpa wayar. Namun, menurut sebuah laman web dari Korea, ChosunBiz, kedua-dua ciri tersebut adalah tidak benar.
Dikatakan LG tidak berupaya untuk menghasilkan skrin OLED secara besar-besaran. Kilang LG hanya mampu menghasilkan skrin OLED kecil untuk Apple Watch dan jam pintar LG sendiri.
Nampaknya, LG G6 akan tampil dengan rekaan yang sama dengan LG G5, skrin rata 5.3 inci dengan paparan 2560×1440 Quad HD LCD. Selain daripada itu, LG juga merancang untuk membina LG G6 dengan rekaan all-metal dan meninggalkan rekaan plastik.
Pihak Wisermy sendiri masih samar-samar tentang rekaan LG G6 dan kami akan memberikan ulasan tentang khabar angin, spesifikasi dan berita tertiris kepada pembaca dari masa ke semasa.