Antara jenama yang kian senyap dalam penghasilan telefon pintar adalah LG. Disebabkan persaingan kompetitif dari pelbagai jenama terutamanya model dari China, jenama ini semakin dilupakan dari disebut pengguna.

Setelah mengeluarkan laporan pendapatan yang kian merosot untuk suku ke-22 berturut-turut, jenama itu kini mengumumkan bahawa mereka tidak lagi akan mengeluarkan telefon kelas bawahan dan pertengahan sendiri.

Mereka akan menggunakan sumber dari luar disebabkan mahu menjimatkan kos untuk tidak terus rugi.

Walau bagaimanapun, kelas premium dan juga mercu masih lagi dihasilkan oleh LG sendiri. Kelihatannya LG mahu fokus kepada pembangunan kelas premium manakala kelas bajet diuruskan oleh pengeluar lain.

Namun begitu, tidak mengejutkan juga jika LG bakal terus rugi apabila sudah melaksanakan langkah tersebut.

Ini adalah kerana mereka kurang mempromosikan telefon pintar mereka secara besar-besaran membuatkan ramai yang tidak tahu LG juga mengeluarkan telefon pintar, bukannya mesin basuh semata-mata.

Sumber: Reuters