Pelbagai syarikat elektronik telah mula memfokuskan kepada industri robotik. Terkini, pihak LG Electronics turut
mengatakan mereka akan mula membuat pelaburan agresif dalam pembuatan produk
robotik dalam usaha memudahkan tugasan harian pengguna.

LG mengatakan bahagian perkakasan mereka dalam persiapan untuk
menyertai industri robotik yang mana akan membangunkan produk yang turut
beroperasi selari dengan produk peralatan elektronik rumah seperti peti
sejuk, mesin basuh dan sebagainya.

Melalui pelaburan ini, LG dilihat akan lebih memfokuskan kepada rumah
pintar, robotik dan pelbagai komponen utama lain dalam menambahbaik
penawaran peralatan elektronik di rumah.

LG masih belum mengeluarkan kenyataan tentang rekaan baru mereka.