Desas-desus berkaitan LG terhadap penarikan diri dari arena penjualan telefon pintar telah diperbualkan sejak awal tahun lagi.

Kini, laporan terbaru DongA Ilbo, syarikat Korea Selatan ini mungkin akan terus menghentikan pasaran telefon pintar mereka.

Ini disebabkan rundingan untuk menjual perniagaan telefon pintarnya kepada Volkswagen AG dan Vingroup JSC telah gagal dan tidak dapat dilaksanakan.

Malah, mereka juga dilaporkan akan menghentikan rancangan untuk melancarkan telefon pintar baharu pada separuh pertama tahun ini.

Bermakna, kita tidak dapat lihat sebarang telefon pintar dari LG buat masa terdekat.

Dalam pada itu, LG juga dikhabarkan akan tampil memberi kenyataan berkaitan perkara ini secepat yang boleh, mungkin seawal April ini.

Walau bagaimanapun, ia masih lagi dalam spekulasi sama ada ia benar atau tidak kerana sebelum ini LG masih lagi mahu mengeluarkan telefon boleh lipat mereka seperti yang diperlihatkan semasa acara CES.

Sumber: dongA via gizmochina