Lexar hari ini mengumumkan tambahan kepada barisan kad memori siri profesional mereka dengan hadirnya Professional GOLD microSDXC™ UHS-II Card.
Professional GOLD microSDXC™ UHS-II Card ialah kad berprestasi tinggi yang bukan sahaja sesuai untuk rakaman dron dan kamera aksi tetapi juga baik untuk peranti permainan mudah alih.
Berupaya membaca sehingga 280MB/s, sekaligus membolehkan pengguna memindahkan sejumlah besar fail dan memuatkan permainan dengan pantas.
Manakala kelajuan menulis sehingga 180MB/s dan rating V60 membolehkan pengguna menangkap imej berkualiti tinggi dan merakam video panjang Full-HD, 4K, dan video 5.3K tanpa mengurangkan kadar bingkai.
Professional GOLD microSDXC™ UHS-II Card sudah pun tiba di pasaran Malaysia dan dijual pada harga RM207.90 untuk kapasiti 128GB dan RM394.90 untuk kapasiti 256GB.
{suggest}
Sumber: Siaran media Lexar