Sekurang-kurangnya melambatkan proses pemanasan global.

Penyelidik dari Universiti Harvard mendakwa, debu dari letusan gunung berapi mungkin ejen yang dapat melambatkan proses pemanasan global yang sedang berlaku dengan pantas ketika ini.

Penyelidik menjelaskan, konsepnya adalah jika bumi terlalu panas, langkah yang boleh dilakukan adalah dengan menghalang daripada cahaya matahari menembusi bumi.

Ia adalah proses dengan memanfaatkan kejuruteraan geo mengikut keadaan semasa.

Sebagai contoh, letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina pada 15 Jun 1991 dahulu telah melepaskan zarah halus sehingga 22 batu ke seluruh ruang udara bumi yang bertahan sehingga bertahun lamanya.

Disebalik letusan yang dahsyat dan menakutkan itu, kajian oleh NASA mendapati debu-debu dari letusan itu telah menurunkan suhu bumi sebanyak 1 darjah selsius.

Penyelidik Harvard itu menjelaskan beliau sedang membangunkan teknologi dengan kejuruteraan geo yang dinyatakan sebagai ‘kaca’ yang dapat digunakan bagi menangani isu pemanasan global untuk masa hadapan.

Sumber: CNET, NASA