Pengeluar dari China, Lenovo dijangka bakal memperkenalkan sebuah peranti kelas premium mereka pada 23 April ini dan ia mula mencuri perhatian ramai dengan ura-ura mengenai spesifikasinya.
Lenovo Z6 Pro adalah model yang dimaksudkan. Peranti ini bakal hadir dengan cip Snapdragon 855, namun ia bukanlah sesuatu yang terlalu mengujakan.
Apa yang menarik padanya ialah peranti ini didakwa akan hadir dengan kamera satu lensa 100MP, pada mulanya.
Namun, menurut laporan terbaru, ia dikatakan akan menggunakan tetapan kuad-lensa 48MP+20MP+16MP+16MP, di mana jumlahnya adalah 100MP.
Akan tetapi, tetapan kamera peranti ini masih mampu menghasilkan gambar 100MP melalui kamera Hyper Vision-nya.
Berikut adalah sampel gambar yang ditangkap menggunakan kamera peranti ini, menurut dakwaan sebuah laman Weibo.
Ia juga didakwa menyokong rakaman Hyper Video, namun maklumat lanjut mengenainya masih belum didedahkan. Berikut pula adalah video yang dikatakan sampel rakaman kamera super-makro 2.39cm pada peranti ini.
Selain daripada tetapan kamera, Lenovo juga dilaporkan membekalkan model ini dengan sistem penyejukan cecair yang setaraf dengan apa yang dimiliki oleh sebuah PC.
Melihat kepada apa yang dilaporkan setakat ini, Lenovo Z6 Pro bakal menjadi tumpuan ramai jika semua laporan adalah benar.
Segala persoalan itu bakal terjawab apabila ia diperkenalkan secara rasmi di China pada 23 April kelak.
Sumber: Notebookcheck Indiashopps