Dalam acara MWC 2021 yang bermula hari ini, Lenovo memperkenalkan beberapa tablet terbaru. Antaranya adalah Yoga Tab 13 yang dilengkapi tongkat besi boleh putar 180 darjah dan port penyambungan mikro HDMI.

Ini membolehkan ia didirikan atau digantung di dinding untuk dijadikan sebagai paparan mudah alih kedua bagi komputer riba atau peranti-peranti lain.

Dalam pada itu, tablet terbaru ini tampil dengan 2K Low Temperature PolySilicon, kadar penyegaran 60Hz, beserta sokongan Dolby Vision HDR.

Spesifikasi dalaman pula dikuasakan cip Snapdragon 870 beserta memori LPDDR5 8GB. Ia juga didatangkan bersama kamera hadapan 8MP, dan empat pembesar suara JBL dengan sokongan Dolby Atmos.

Seterusnya, tablet seberat 830g ini mempunyai port USB-C, WiFi 6, dwi-mikrofon, penyesuai bisu audio, dan sokongan Lenovo Precision Pen 2.2.

Harga jualan yang diletakkan untuk Yoga Tab 13 adalah $680 (~RM2,820) dan dijangka akan tiba di pasaran pada bulan Julai nanti.

Sumber: engadget

Baca juga – Lenovo Legion Phone Duel 2 Rasmi Di Malaysia, Bermula Pada Harga RM3,299

Baca juga – Tablet vivo Dilapor Akan Diperkenal Pada Suku Keempat Tahun Ini