Telefon “gaming” Lenovo Legion Phone Duel 2 yang mula diperkenalkan pada Mac lalu akhirnya tiba di pasaran tempatan.

Telefon pintar yang tampil dengan rekaan khusus untuk permainan ini dilengkapi paparan AMOLED berukuran 6.92-inci dengan kadar penyegaran sehingga 144Hz.

 

Peranti ini juga datang dengan cip Snapdragon 888 5G, dwi-bateri berkapasiti 5500mAh, pengecasan turbo, dan kamera terangkat 44MP dibahagian sisi.

Seperti telefon gaming flagship lain, ia juga dilengkapi butang Octa-Triggers dan Dual HaptiX untuk pengalaman bermain yang lebih mengasyikkan.

Anda boleh dapatkan Legion Phone Duel 2 dalam dua pilihan varian, 12GB+256GB pada harga RM3,299 dan 16GB+256GB pada harga RM3,899. Tetapi kedai atas talian Lenovo Malaysia masih belum dikemas kini.

Sementara itu, pengguna Maxis dan Hotlink berpeluang memenangi fon kepala Bluetooth Lenovo bernilai RM189 bagi apabila membeli telefon ini dalam tempoh 28 Jun hingga 31 Julai 2021.

Periksa aplikasi Maxis atau Hotlink anda untuk ketahui mengenai promosi ini dengan lebih terperinci.

Sumber: siaran akhbar Lenovo

Baca juga – Satu Kipas Tak Cukup, Lenovo Legion 2 Pro Ada Dua Kipas

Baca juga – Tablet Baru Lenovo Guna Cip Snapdragon 870 Dan Paparan OLED 90Hz

Kedai rasmi Lenovo Malaysia di Shopee:
https://invol.co/cl4no8q