Minggu hadapan, Lenovo bakal memperkenalkan telefon gaming baharu mereka menerusi Legion 2 Pro.

Dengan baki kurang dari 4 hari, Lenovo telah mengesahkan beberapa spesifikasi utama yang akan ditawarkan Legion 2 Pro.

Tahun ini, telefon tersebut tampil dengan paparan 6.92 inci AMOLED dan menyokong kadar penyegaran 144Hz. Paparannya kali ini lebih besar berbanding terdahulu yang mana hanya 6.55 inci.

Tambahan lagi, skrinnya adalah daripada Samsung AMOLED E4 serta tiada takuk pada telefon ini.

Di dalam, ia akan dikuasakan cip Snapdragon 888 dan dijangka mempunyai memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Selain itu, Legion 2 Pro juga mungkin menampilkan dwi-port USB-C yang menyokong pengecasan pantas sehingga 110W serta sistem penyejukan dwi-turbo.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan adakah prestasi dan harganya mampu menandingi pesaingnya yang lain.

Sumber: Gizmochina

Beli Produk Lenovo di:
Shopee (https://invol.co/cl35reu)
Lazada (https://invol.co/cl35rfa)