Seorang jurutera Indonesia, Harris Muhammad dari HM Engineering telah mengubah suai Kawasaki Ninja menjadi sebuah motosikal elektrik.
{suggest}
Melalui video yang dimuat naik di YouTube, ia memperlihatkan rangka motosikal elektrik yang berasaskan Kawasaki Ninja itu mempunyai rangka akrilik lut sinar.
Dinamakan sebagai HME EV-1, motosikal ini dikatakan hanya menggunakan bateri sekitar 20% bagi jarak 40km. Secara keseluruhan, ia dijangka mampu bergerak sejauh 100km dengan kelajuan maksimum 100km/j. Bagaimanapun, ketahanan bateri dan jaraknya adalah bergantung kepada berat penunggang motosikal tersebut.
Dengan menggunakan pengecasan 1000W, HME EV-1 memerlukan sekitar 3 hingga 4 jam untuk pengecasan penuh.
Tidak perlu mengulas panjang, anda juga boleh melihat sendiri motosikal elektrik yang dihasilkan melalui video di bawah ini.
Sumber: YouTube