Leica adalah sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri pembuatan kamera. Malah, turut berkolaborasi dengan jenama seperti Huawei satu masa dahulu.

Leica hari ini telah melancarkan sebuah telefon pintar sulung mereka, iaitu Leitz Phone 1. Di dalamnya adalah seperti Sharp Aquos R6 yang mana mereka baru sahaja bekerjasama. Perbezaan telefon ini adalah pada modul kamera belakang.

Baca juga – Sharp Aquos R6, Telefon Pertama Dengan Sensor Kamera 1 Inci

Seperti Aquos R6, telefon ini hadir dengan kamera utama 20MP (f/1.9) berukuran 1 inci bersama-sama kamera hadapan 12.6MP.

 

Selain itu, ia dilengkapi skrin bersaiz 6.6 inci menggunakan panel IGZO OLED beresolusi 2730×1260 dengan kadar penyegaran 240Hz.

Turut terbina cip Snapdragon 888 yang dipadankan memori 12GB RAM dan storan 256GB serta slot tambahan untuk kad mikroSD hingga 1TB.

Antara lainnya adalah penarafan IP68, bateri 5000mAh serta menjalankan Android 11 yang mirip Android asli. Buat masa ini, ia terhad di Jepun sahaja dengan tanda harga 187,920 Yen, iaitu sekitar ~RM7046.

Baca juga – Bukan Huawei, Leica Mungkin Akan Kerjasama Dengan Xiaomi

Sumber: engadget