Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Leica Leitz Phone 2 Dilancarkan – Kamera 47.2MP Dengan Sensor 1-Inci, Cip Snapdragon 8 Gen 1

Posted on November 11, 2022

Pada tahun lalu, Leica dengan kerjasama Sharp telah memperkenalkan Leitz Phone 1 di Jepun. Kini, pembuat kamera dari German itu telah melancarkan generasi kedua yang dinamakan sebagai Leitz Phone 2.

{suggest}

Jika Leitz Phone 1 berasaskan Sharp Aquos R6, Leitz Phone 2 pula dihasilkan dengan menggunakan perkakasan yang sama seperti Sharp Aquos R7. Namun, ia menawarkan rekaan yang lebih mantap dengan sisi logam bertekstur berserta penjenamaan Leitz dan penutup logam untuk kamera belakang.

Untuk spesifikasi, ia dilengkapi skrin bersaiz 6.6-inci IGZO OLED dengan resolusi 2730×1260, kadar segar semula 240Hz serta maksimum kecerahan 2,000 nits. Terdapat kamera swafoto 12.6MP yang diletakkan pada paparan berlubang.

Leitz Phone 2 dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 1 bersama gandingan 12GB LPDDR5 RAM dan 512GB UFS 3.1 storan dalaman. Ia juga mempunyai sokongan slot kad MicroSD untuk penambahan storan sehingga 1TB.

Di bahagian belakang menempatkan modul kamera 47.2MP (f/1.9) utama dengan saiz sensor 1-inci. Sensor Sharp dan Leica yang dibangunkan bersama membawakan lensa Leica Summicron 7-P.

Antara lainnya adalah bateri berkapasiti 5,000mAh, bicu audio 3.5mm, sub-6GHz 5G, WiFi 6, Bluetooth 5.2, USB-C dan sebagainya.

Harga

Eksklusif untuk pasaran Jepun, Leica Leitz Phone 2 berharga ¥225,360 (~RM7,390) dan boleh didapati untuk pembelian mulai 18 November 2022.

Gambar utama: Leica

Sumber: Softbank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress