Berita baik kepada peminat LEGO dan juga kepada peminat motosikal berkuasa besar khususnya kerana LEGO akan mengeluarkan replika model motosikal Yamaha MT-10 SP menerusi LEGO Technic.
Setiap aspek 42159 LEGO Technic Yamaha MT-10 SP ini mempunyai perincian yang sahih yang mencerminkan ciri-ciri terbaik motosikal Yamaha, termasuklah LEGO Technic enjin 4 silinder dan transmisi pelbagai kelajuan.
Unsur-unsur dalaman kotak gear juga diperincikan sekaligus memberikan realisme pada model LEGO Technic ini.

Berukuran lebih daripada 25 cm tinggi, 44 cm panjang dan 15 cm lebar, set 42159 LEGO Technic Yamaha MT-10 SP ini akan dijual pada harga RM999.90.
Ia akan mula berada di pasaran Malaysia dari 1 Ogos 2023 nanti.
{suggest}
Sumber: Siaran Media LEGO