Kerajaan telah melaksanakan Cukai Perkhidmatan Digital yang berkuatkuasa pada awal tahun ini. Terkini, kerajaan mengumumkan sebanyak RM428.07 juta Cukai Perkhidmatan Digital telah berjaya dikumpul sepanjang 2020.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abd Rahim Bakri, antara penyedia perkhidmatan digital popular yang dikenakan cukai itu termasuk Netflix, Amazon, pengiklanan di platform media sosial seperti Facebook dan Instagram serta aplikasi dan permainan di telefon pintar.

Menerusi kutipan ini, ia merupakan sumber hasil baharu kepada negara dan akan ditingkatkan di masa hadapan.

Tambahnya lagi, kutipan ini bukan sahaja dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital tempatan, malah penyedia perkhidmatan digital asing turut dikenakan cukai yang sama.

Sumber: BERNAMA