Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lebih Maju, Siri iPhone 15 Mungkin Guna Sensor Kamera Sony Yang Baharu

Posted on Januari 3, 2023Januari 4, 2023

Sebelum ini, kita dapat tahu model bukan Pro siri iPhone 15 mungkin dilengkapi perkakasan kamera yang sama seperti model Pro iPhone 14.

Jadi, bagaimana pula dengan kamera versi Pro siri iPhone 15 pada tahun ini nanti?

iPhone 15 Mungkin Guna Sensor Kamera Baharu Sony

Menurut Nikkei News, Sony Semiconductor Solutions telah berjaya membangunkan sensor kamera baharu yang bakal digunakan siri iPhone 15. Besar kemungkinan, sensor baharu ini akan jadi eksklusif bagi model Pro sahaja.

Sensor Kamera Baharu Sony

Sony dakwa sensor kamera baharu ini mampu tangkap lebih banyak cahaya dan mengawal kehadiran cahaya dalam beberapa situasi.

Sebagai contoh, walaupun terdapat kehadiran cahaya yang tinggi di belakang seseorang, wajah dan rupanya masih boleh ditangkap dengan kualiti yang jelas.

Sony mencipta sensor baharu ini dengan meletakkan fotodiod dan transistor dalam lapisan yang berasingan. Oleh itu, ini membolehkan sensor tersebut mempunyai lebih banyak fotodiod dalam lapisan yang diingini.

{suggest}

Mengikut firma analisis British, Omdia, Sony menguasai 44% pasaran global sensor CMOS dan Samsung berada ditempat kedua dengan pegangan 18.5%.

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress