Samsung baru sahaja melancarkan siri Galaxy S21 dalam acara Galaxy Unpacked yang berlangsung semalam. Terdapat 3 model yang diumumkan termasuk Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra. Akan tetapi, hanya 1 dari 3 model tersebut yang menerima sokongan S-Pen iaitu Galaxy S21 Ultra.

Walaupun begitu, Samsung hanya menyertakan sokongan untuk S-Pen sahaja, bukannya stylus tersebut. Sebagai tambahan, stylus yang menyokong S21 Ultra juga dilihat berbeza berbanding yang ditawarkan pada siri Galaxy Note.

Galaxy S21 Ultra dengan sokongan S-Pen

Terbaru, Samsung menyatakan lebih banyak peranti mereka akan hadir dengan sokongan S-Pen pada masa akan datang. Menurut Samsung,

“We’ve made the bold decision to expand the S Pen experience to Galaxy S21 Ultra, and plan to expand the S Pen experience across additional device categories in the future.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan terperinci kategori peranti mana yang akan menerima sokongan stylus berkenaan. Memandangkan S-Pen sudah sedia ada mempunyai keserasian dengan beberapa telefon pintar Samsung dan tablet, tidak mustahil Galaxy Z Fold akan datang bakal menerima sokongan S-Pen.

Terdahulu, laporan turut mengatakan Samsung akan menyertakan sokongan S-Pen pada Galaxy Z Fold 3.

Sumber: The Verge