Permainan video Fortnite mula menyokong peranti Android sejak dari pelancaran Samsung Galaxy Note 9 yang lalu. Namun selepas itu, permainan tersebut hanya menyokong model-model kelas atasan sahaja(Snapdragon 8-seriesĀ dan Kirin 9-series).
Akan tetapi, pengguna peranti kelas pertengahan atau lebih tepat lagi peranti yang menggunakan cip Snapdragon 670 dan Snapdragon 710 akan dapat menikmati permainan Fortnite selepas ini.
Ini kerana, melalui kemaskini terbaru yang ditawarkan, Epic Games telah menambah sokongan permainan terhadap dua sistem cip tersebut.
Selain itu, Samsung Galaxy A9(2018) juga menjadi satu-satunya telefon dengan cip Snapdragon 660 baharu yang akan dapat memainkan permainan ini.
Antara peranti yang akan menikmati Fortnite ialah Samsung Galaxy A8S, Xiaomi Mi 8 SE, Nokia 8.1, Oppo R17 Pro, Oppo R17, Vivo Z3 dan banyak lagi.
Sumber: Epic Games