Menurut laman analisis Atlas VPN, sebanyak 63% aplikasi-aplikasi Android miliki isu keselamatan yang menyebabkan apliaksi-aplikasi tersebut mudah dieksploitasi dan diserang penggodam.

Atlas VPN menyatakan, isu keselamatan pada aplikasi berlaku apabila pembangun melakukan kesilapan pengkodan ketikan membangunkan aplikasi tersebut.

Secara puratanya pula, daripada 63% aplikasi Android itu didapati mempunyai sebanyak 39 kelemahan keselamatan.

Laporan Atlas VPN itu adalah berdasarkan kepada laporan keselamatan yang diterbitkan oleh Synopsys Cybersecurity Research Center (CyRC) bertajuk Peril in a Pandemic: The State of Mobile Application Security.

CyRC menjalankan analisis terhadap 3,335 aplikasi percuma dan berbayar yang ditawarkan dalam Google Play store pada suku pertama 2021.

Aplikasi-aplikasi yang paling banyak isu keselamatannya pula adalah apliaksi permainan dan kewangan.

Atlas VPN juga menyatakan, aplikasi pendidikan adalah kategori aplikasi yang paling banyak dieksploitasi tetapi menerima kemas kini penambahbaikan. Diikuti oleh aplikasi kategori produktiviti dan perbankan.

Manakala aplikasi bagi kategori permainan pula adalah aplikasi yang paling banyak dieksploitasi tapi tiada diberi penambahbaikan keselamatan. Diikuti oleh kategori aplikasi bajet dan perbankan.

Secara keseluruhan, Atlas VPN menyimpulkan sebanyak 44% aplikasi Android miliki isu keselamatan yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi yang amat ketara merbahaya kepada pengguna.

Sumber: Atlas VPN

Baca juga: 9 Teori Konspirasi Rangkaian 5G Yang Dipercayai Benar Oleh Sebahagian Orang

1 Daripada 5 Aplikasi Kanak-Kanak Di Google Play Store Didapati Melanggar Akta Perlindungan Privasi Kanak-Kanak Atas Talian