Sempena jualan 11.11 yang berlangsung semalam, Xiaomi mengumumkan syarikat itu telah merekodkan jenama telefon pintar paling laris di Malaysia dan Asia Tenggara bagi platform Lazada dan Shopee.
Menerusi jualan sehari itu, lebih 40,000 unit telefon pintar Xiaomi telah terjual di Malaysia. Selain itu, Redmi 9A turut merekodkan model telefon pintar paling laris di Lazada dengan lebih 9,000 unit terjual.
Dalam pada itu, Xiaomi juga disenaraikan sebagai jenama telefon pintar terlarisĀ di Asia Tenggara bagi kedua-dua platform tersebut.
Sehingga suku ketiga 2020, Xiaomi merupakan jenama telefon pintar ketiga terbesar di dunia.