Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kad debit credit kredit card

Lebih 20 Ribu Kad Dari Malaysia Dijual Di ‘Dark Web’, Harga Purata RM37 – NordVPN

Posted on Mei 29, 2023

Sekurang-kurangnya 6 juta kad debit/kredit telah dicuri maklumatnya seluruh dunia, menurut NordVPN.

Dalam 6 juta kad yang dianalisis oleh NordVPN, Malaysia berada pada tangga ke-16 daripada 20 paling banyak ditemui dengan 0.4%.

Ia adalah sebanyak 22,504 kad. Daripada jumlah itu, 64% daripadanya ialah kad kredit dan selebihnya ialah kad debit.

Harga purata kad pula jatuh pada 8$ iaitu sekitar RM37 ikut pertukaran mata wang hari ini.

  • Kad dicuri melalui malware – 10,370
  • Kad dicuri melaui brute force – 12,134

{suggest}

Data yang dicuri dari kad pengguna Malaysia

  • CCV, tarikh luput kad – 20,337
  • Alamat – 8,788
  • Social security number (mungkin nombor IC) – 77
  • Tarikh lahir – 92
  • Nombor telefon – 4,652

Pencurian data melalui malware termasuklah melalui aplikasi hasad yang berada dalam peranti.

Bruteforce pula ialah kaedah yang mencuba/meneka segala kombinasi nombor sehinggalah ia mendapat yang tepat.

kad kredit malasya digodam

Harga purata kad paling tinggi

  1. Denmark (~RM53)
  2. Jepun (~RM53)
  3. Portugal (~RM53)

Kad paling banyak digodam

  1. India – 89.8%
  2. Slovakia – 86.3%
  3. Arab Saudi – 82.8%

Risiko tertinggi

  1. Malta
  2. Australia
  3. New Zealand

Risiko terendah

  1. Rusia
  2. Pakistan
  3. China

nordvpn malaysia kad kredit digodam 1

Secara keseluruhannya, 6 juta kad dicuri dengan 2.5 juta daripadanya dijual pada harga lebih $18.5 juta (~RM85 juta).

Kad pengguna Amerika Syarikat menjadi paling tinggi digodam dan menariknya, kad Rusia paling sukar ditemui di dark web.

Sumber: NordVPN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress