Sejak pelancaran Pakej Pelan Data dan Peranti kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) daripada kategori B40, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyatakan sebanyak 195,028 pelan data dan 3,773 peranti telah pun diedarkan sehingga 31 Disember 2020.

Sebagai tambahan, sebanyak 3,997 buah komputer riba dan desktop masih dalam proses perolehan oleh KPT untuk diedarkan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Dalam pada itu, KPT telah mengadakan perbincangan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menawarkan satu lagi inisiatif pinjaman kewangan di bawah Skim BSN MyRinggit-i COMSIS bagi pembelian komputer riba oleh pelajar IPT.

KPT melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) juga telah melancarkan satu inisiatif crowdfunding sebagai platform untuk pihak luar menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan keperluan pelajar dalam meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Sumber: KPT