Lazada mengumumkan bahawa lebih 3800 jenama baharu telah menyertai LazMall sepanjang tahun lalu dan akan menyertai Jualan 9.9 Lazada buat julung kalinya tahun ini.

Bersempena jualan Lazada 9.9 Biggest Brand Sale, pengguna boleh mendapatkan baucar-baucar penghantaran percuma dan mengumpulkan Lazada Bonus setiap hari sementara menunggu jualan tersebut yang akan berlangsung pada 9 hingga 11 September.

Melalui Lazada Bonus, pengguna boleh menebus diskaun RM9 bagi setiap RM99 yang dibelanjakan. Bahkan, bayaran cash-on-delivery (COD) menggunakan Duitnow QR yang baru dilancarkan juga memudahkan pembelian.

Tambahan lagi, pada 9 September bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi, terdapat diskaun sehingga 60% untuk pesta jualan Brand Mega Offers bagi jenama seperti POCO, PUMA dan lain-lain.

Sumber: Siaran Akhbar Lazada

Baca juga:

Tekan pautan untuk beli produk di Lazada:
https://invol.co/cl5r9n6