Acer melebarkan lagi portfolio komputer riba gaming dan premium mereka dengan melancarkan Predator Triton 16 (PT16-51).
Bagi memenuhi keperluan pemain tegar permainan komputer yang mahukan perkakasan berkuasa untuk sebuah komputer riba, Acer Predator Triton 16 dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Gen-13 dan grafik yang dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 4070 yang tersedia dengan ciri NVIDIA DLSS 3 dan Max-Q technology.

Ia dipadankan dengan paparan IPS WQXGA 2560 x 1600 bersaiz 16 inci (16:10) yang menyokong kadar segar sehingga 240Hz dan tetapan kadar kecerahan skrin sehingga 500 nits.

Acer Predator Triton 16 juga padat dengan sambunga untuk pelbagai jenis peranti termasuklah 2x sambungan USB 3.2 Gen 2, HDMI 2.1, USB Type-C dengan Thunderbolt 4, dan pembaca kad Micro SD.

Predator Triton 16 (PT16-51) akan berada di pasaran Amerika Utara pada bulan September 2023 dengan harga jualan bermula dari USD1,799.99 (~RM8274).
{suggest}
Sumber: Siaran Media Acer