Penawaran laptop daripada realme bukanlah rahsia lagi dimana ia pertama kali diumumkan sekitar Jun yang lepas. Namun sewaktu acara tersebut, syarikat hanya membiarkan peminat berteka-teki dengan spesifikasi yang bakal ditawarkan.

Namun begitu tarikh pelancaran sebenar pertaruhan terbaru ini telah pun dijadualkan berlangsung esok, 18 Ogos 2021 yang juga bersempena dengan realme Fan Festival 2021.

Awal ini, spesifikasi yang disebut-sebut akan dilengkapkan pada komputer riba tersebut adalah seperti resolusi 2K, cip Intel i5 generasi ke-11, RAM 16GB, serta storan 256GB. Ura-ura turut menyatakan terdapatnya sebuah lagi model dengan cip Intel i3.

Selain daripada komputer riba, realme juga bakal memperkenalkan sekali realme GT Master Edition untuk pasaran global.

Telefon pintar ini sedia diumumkan di China pada Julai lalu bersama-sama dengan realme GT Master Explorer Edition.

Di pasaran China, realme GT Master Edition dijual pada harga ~RM1569 dan hadir dengan skrin AMOLED 6.43 inci, Snapdragon 778G, RAM 8GB, storan 256GB, bateri 4300mAh serta pengecasan pantas 65W.

Kameranya pula mempunyai 3 lensa dimana 64MP utama, 8MP ultra lebar dan 2MP makro serta lensa swafoto 32MP.

Baca juga:

Kedai rasmi realme Malaysia;
Shopee:
https://invol.co/cl5lgzg
Lazada:
https://invol.co/cl5lgzp