CyberSecurity Malaysia (SCM) adalah sebuah agensi keselamatan siber negara yang terletak di bawah Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

CSM mula ditubuhkan pada 21 Mei 2018 dengan visi menjadi agensi yang pakar dalam keselamatan siber bertaraf dunia.

CSM bukan sahaja mempunyai kepakaran dalam keselamatan siber atetapi juga penyedia perkhidmatan bantuan teknikal selain memperkenalkan produk-produk keselamatan siber kepada masyarakat Malaysia.

Antara kepakaran dan servis CSM adalah seperti respon dan proaktif terhadap keselamatan siber serta kerjasama dengan industri dalam penyelidikan dan pembangunan keselamatan siber.

CSM juga bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam dan swasta bagi membangunkan modul keselamatan siber serta menawarkan pelbagai program latihan keupayaan dan pensijilan dan platform perkongsian pengetahuan ditawarkan kepada profesional teknologi maklumat dan komunikasi.

Dari segi keupyaan pula, SCM memiliki pelbagai kemudahan keselamatan siber  lengkap bertaraf antarabangsa.

Antara kemudahan yang dimiliki CSM adalah seperti Makmal Forensik Digital yang merupakan satu-satunya makmal forensik digital di Asia Pasifik diiktiraf dunia.

Selain itu CSM juga memiliki Makmal Pengujian Keselamatan Malaysia (MySEF) , Makmal Kriptografi CSM (MyCEL) dan Pusat Penilaian Kerentanan Malaysia (MyVAC).

CyberSecurity Malaysia turut menyediakan bantuan serta perkhidmatan sokongan teknikal kepada semua pihak. Pengguna internet boleh membuat laporan insiden keselamatan siber ke Pusat Bantuan Cyber999 melalui saluran berikut:

  • E-mel : [email protected]
  • Telefon: 1-300-88-2999 (waktu pejabat)
  • Faks: +603 – 8008 7000 (waktu pejabat)
  • Mobile: +60 19 2665850 (24×7 panggilan laporan insiden sahaja)
  • SMS: CYBER999 LAPOR ADUAN KE15888
  • Aplikasi Cyber999: Muat turun aplikasi di Appstore & Google Play

Sumber: CSM