Baru-baru ini, vivo telah disenaraikan oleh IDC sebagai pengeluar kelima terbesar untuk pasaran global bagi suku pertama tahun 2020.
Walaupun pasaran telefon pintar menerima impak lanjutan daripada pandemik Covid-19, vivo masih berjaya mengekalkan kedudukan sebagai lima pengeluar teratas dalam pasaran dunia.
Bagi suku awal ini, vivo meraih 9% pegangan pasaran, peningkatan sebanyak 1.6% berbanding tempoh tahun sama tahun lalu. Selain itu, bagi pertumbuhan tahun-ke-tahun, syarikat ini memperoleh 7% sekaligus menjadikannya sebagai pertumbuhan tahunan tertinggi diantara lima pengeluar teratas.
Lonjakan angka-angka tersebut adalah ekoran kejayaan vivo di India melalui siri bajet dan pertengahan iaitu model dalam siri Y dan S.
Selain itu, laporan Canalys turut memperlihatkan pertumbuhan tahunan vivo meningkat 3% bagi jualan tahun-ke-tahun.