Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fortnite 120 fps

Langgar Privasi Kanak-Kanak, Pembangun Fortnite Didenda Lebih 2 Bilion

Posted on Disember 22, 2022Disember 23, 2022

Pembangun Fortnite, Epic Games diarahkan membayar denda sebanyak USD520 juta (~RM2.3 bilion) oleh Federal Trade Commission, AS.

Suruhanjaya FTC itu mendapati Fortnite telah mencerobohi privasi kanak-kanak dan memperdayakan sesetengah pemain untuk membeli item yang tidak diperlukan mereka.

Berkenaan penalti yang terpaksa dihadapi Epic Games, mereka mengulas kontroversi ini dengan kenyataan di bawah:

“Tiada pembangun menghasilkan sesebuah permainan video dengan tujuan untuk berakhir seperti ini.”

Epic Games diarahkan untuk membayar USD275 juta (~RM1.217 juta) sebagai penalti kerana melanggar Children’s Online Privasi Protection Rule. Dan USD245 juta (~RM1.085 juta) sebagai bayaran balik kepada pengguna.

{suggest}

Mengikut siasatan, berikut adalah senarai cara-cara Epic Games cuba untuk memperdayakan pengguna dalam membuat pembelian:

  • Menyimpan data pembayaran secara automatik
  • Pembelian tekan butang tunggal
  • Melumpuhkan akaun yang meminta bayaran balik untuk pembelian penipuan
  • Kekurangan bayaran balik layan diri
  • Tiada had perbelanjaan untuk pemain bawah 13 tahun

Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah penalti bayaran balik paling besar sekali dalam kes melibatkan gaming.

Sumber: FTC, Kotaku 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress