Laluan Pengujian Kenderaan Berautonomi (MyAV) pertama negara yang terletak di Cyberjaya kini mula dibuka kepada umum.
Ia dimaklumkan Futurise menerusi laman sosial mereka pada awal bulan ini.
The #MyAV is an initiative leveraged by the National Regulatory Sandbox and brought to you by the @MOTMalaysia and in collaboration with Futurise.
Explore the first #AutonomousVehicle testing route in Malaysia and partake in advancing the Automobile and Transport industry today! pic.twitter.com/x2ECLmH9o0
— Futurise (@FuturiseMY) January 4, 2023
Laluan pengujian yang dibangunkan Futurise bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah inisiatif Sandbox Pengawalseliaan Nasional (NRS) itu bertujuan untuk pembangunan projek kenderaan berautonomi atau kenderaan pandu sendiri.
Berdasarkan semakan di laman rasmi Futurise, terdapat sebanyak 2 laluan ujian kereta pandu sendiri ketika ini iaitu MyAV Route A dan MyAV Route B yang terletak di dalam Cyberjaya dengan jarak keseluruhan sepanjang 7.85km.
Tetapi Futurise juga ada menyatakan bahawa laluan ujian itu akan turut diwujudkan di Putri Iskandar, Johor dan Putrajaya.
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa eMoovit Technology Sdn Bhd iaitu syarikat pemula tempatan yang membangun perisian kenderaan tanpa pemandu di Malaysia telah menjadi syarikat pertama di negara ini diberi kelulusan untuk menggunakan Laluan Pengujian Kenderaan Berautonomi (MyAV) pertama negara.
{suggest}