eMoovit Technology Sdn Bhd, syarikat pemula tempatan yang membangun perisian kenderaan tanpa pemandu di Malaysia telah menjadi syarikat pertama di negara ini diberi kelulusan untuk menggunakan Laluan Pengujian Kenderaan Berautonomi (MyAV) pertama di negara yang terletak di Cyberjaya.

Ia diumumkan oleh Futurise yang membangunkan laluan pengujian itu bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah inisiatif Sandbox Pengawalseliaan Nasional (NRS) untuk pembangunan projek kenderaan berautonomi atau kenderaan pandu sendiri.

Lauan MyAV yang sepanjang 7 kilometer itu lengkap dengan infrastruktur yang diperlukan untuk pengujian kereta berautonomi.

eMoovit yang ditubuhkan pada 2016 dahulu adalah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang perisian kenderaan agnostik tanpa pemandu untuk laluan persekitaran bandar.

Syarikat tersebut membina perisian kenderaan tanpa pemandu berdasarkan komponen yang dapat mengubah kenderaan tertentu menjadi kenderaan autonomi dan dapat digunakan dalam aplikasi yang berbeza seperti pengangkutan mil pertama/terakhir, pengangkutan logistik dan penyelesaian utiliti.

Sumber: Bernama