OnePlus 9 dikatakan akan dilancarkan lebih awal daripada biasa dan menjadi peranti pertama OnePlus yang hadir pada tahun 2021.

Sebelum ini, terdapat 3 model yang akan dilancarkan iaitu OnePlus 9, OnePlus 9 Pro dan mungkin OnePlus 9E.

Laporan terbaru dari blogger weibo terkenal, Digital Chat Station mendedahkan lakaran bagi siri OnePlus 9 ini. Berdasarkan lakaran tersebut, ia akan hadir dengan empat tetapan kamera belakang.

Namun, terdapat sedikit kelainan melalui kamera ini dimana dua kamera hadir dengan saiz biasa dan dua lagi dalam saiz lebih kecil serta paparan berlubang yang menempatkan kamera swafoto.

Dikatakan juga tiga kamera utama adalah kamera standard pada peranti dan terdapat kamera periskop.

Selain itu, OnePlus 9 Pro akan dilengkapi skrin melengkung dengan kadar segar semula 120Hz dan modul kamera seperti OnePlus 8T.

Ia juga akan dijana cip pemproses baharu Snapdragon 888, pengecasan pantas sekurang-kurangnya 65W dan pengecasan tanpa wayar bagi siri Pro.

Sumber: weibo via