Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Lakaran Asal Buzz Lightyear Yang Belum Pernah Dilihat

Posted on Ogos 6, 2020Ogos 6, 2020

Kejayaan filem animasi Toy Story pastinya tidak disangkal lagi. Bersempena dengan ulang tahun ke-25 filem itu, Disney telah menunjukkan lakaran asal karakter ‘Buzz Lightyear’ yang belum pernah dilihat.

Di sebalik renjer angkasa yang kita kenali, para animator di Pixar telah bereksperimen dengan pelbagai rekaan Buzz Lightyear yang berbeza.

Anda boleh melihat perbezaan rekaan dalam gambar lakaran asal Buzz Lightyear di bawah.

lakaran asal buzz lightyear

Ahli sejarah Pixar, Christine Freeman berkata,

“Buzz is one of our most popular characters and it’s fascinating to see the different ways that Pixar’s artists imagined him during the evolution of his design.”

Malah, nama Buzz juga bertukar dari Tempus of Morph ke Lunar Larry, dan akhirnya ke Buzz Lightyear. Menurut Christine lagi, tulisan ‘LL’ yang bermaksud Lunar Larry boleh dilihat di tali pinggang dalam lakaran awal renjer angkasa ini.

lakaran asal buzz lightyear
lakaran asal buzz lightyear

Filem animasi Toy Story telah berjaya mengutip sebanyak £270 juta (~RM1.4 bilion) dan menguasai banyak carta box-office. 

Anda boleh menonton filem Toy Story di Amazon Prime.

Sumber: Digital Spy

Baca lagi: 10 Fakta Unik Dan Menarik Tentang Filem Toy Story!

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress