Sebelum ini, terdapat beberapa laporan yang mana telefon pintar terbakar dan meletup melibatkan POCO X3 dan Redmi Note 9. Terbaru, jenama ini dilihat sekali lagi meletup. Kali ini, ia melibatkan POCO C3 dan Redmi 8.

Berdasarkan laporan, pengguna POCO C3 itu mendakwa peranti tersebut meletup ketika berada dalam poket seluar beliau dan mencederakan bahagian pahanya.

Bagi situasi Redmi 8 pula, ia melibatkan kanak-kanak berusia 4 tahun dan pada awalnya, Xiaomi menyalahkan pengguna. Namun, mereka membuat pusingan-U mengenainya dan menggantikan dengan peranti Redmi 9.

Jika anda tertanya-tanya, kejadian ini masih lagi berlaku di India. Di Malaysia nampaknya tiada lagi kes berkaitan telefon Xiaomi meletup. Hanya jenama lain sahaja yang meletup atau terbakar.

Walau apa pun, sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan untuk menggunakan palam pengecas yang asli untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber: @yabhishekhd

Baca juga – Lagi Dakwaan Telefon Yes Meletup

Baca juga – Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti

Baca juga – YTL Minta Pengguna Perantinya Menggunakan Pengecas Asli