Sebelum ini iaitu pada April tahun ini pernah dilaporkan tentang satu insiden melibatkan jenama telefon pintar POCO X3 yang didakwa meletop secara tiba-tiba ketika peranti tersebut sedang dicas.

Inisiden tersebut dilaporkan berlaku di India.

Tetapi kini terdapat satu lagi dakwaan baharu, juga oleh seorang pengguna di India yang mendakwa telefon pintar POCO X3 Pro miliknya pula terbakar secara tiba-tiba.

Insiden itu didakwa berlaku tidak lama selepas dia mencabut perantinya itu dari pengecas selepas peranti telah dicas penuh.

Insiden itu dikongsikan mangsa di laman sosial Twitter baru-baru ini beserta imej peranti terbakar serta resit bukti pembelian peranti tersebut.

Cuma pengguna tersebut tidak menyatakan secara jelas pengecas yang digunakan bagi mengecas peranti itu adalah pengecas asli atau pengecas pihak ketiga.

Pengguna sentiasa dinasihatkan supaya hanya menggunakan pengecas asli untuk mengecas peranti pintar mereka.

Berkaitan insiden ini, setakat semakan yang dibuat sehingga kini, masih belum ada sebarang respon dari pihak POCO India terhadap insiden tersebut.

Sumber: GizmoChina

Baca juga: