Sebelum ini telah dilaporkan tentang isu yang dihadapi pengguna Windows 10 selepas memasang kemas kini KB5005033 ke dalam komputer mereka.

Antara isu yang dihadapi pengguna Windows adalah seperti isu prestasi memainkan video, sistem tergantung sepenuhnya, isu audio dan kegagalan sambungan rangkaian.

Kini timbul pula satu lagi isu yang didakwa berpunca daripada kemas kini tersebut.

Menurut sebahagian pengguna, ciri pintasan butang kekunci Alt+Tab yang sering digunakan pengguna Windows kini telah gagal berfungsi dengan normal.

Pengguna yang terjejas menjelaskan sebagai contoh, apabila butang kekunci Alt+Tab ditekan semasa dalam mod skrin penuh ketika bermain permainan video, akan berlaku flicker pada skrin atau skrin komputer terus terpadam.

Sehingga kini, pihak Microsoft masih belum menawarkan penyelesaian bagi menangani isu yang disebabkan oleh kemas kini KB5005033 sejak ia dilepaskan pada 10 Ogos lalu.

Sumber: PC Gamer

Baca juga: Kemas Kini Windows 10 KB5005033 Menyebabkan Masalah Kepada Prestasi Komputer