Belum reda insiden dakwaan peranti pintar terbakar, kini muncul lagi dakwaan yang sama melibatkan dari model peranti yang sama juga.

Insiden tersebut sekali lagi dikongsikan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,menerusi laman sosial rasmi Facebook beliau hari ini.

Kredit: FB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

Sebelum ini beliau telah berkongsikan insiden yang sama menerusi laman Twitter beliau.

Baca juga: Sebuah Telefon Pintar Didakwa Terbakar Secara Tiba-Tiba Ketika Sesi PdPR

Kejadian terbaru ini sekaligus menjadi insiden kedua melibatkan model peranti pintar yang sama iaitu model YES Altitude 3 keluaran YTL Communications.

Berkaitan dengan insiden sebelum ini, pihak YTL telah memaklumkan  bahawa mereka memandang serius terhadap dakwaan tersebut dan akan melakukan siasatan ke atasnya.

YTL juga menyatakan mereka belum pernah menerima sebarang laporan tentang isu keselamatan melibatkan peranti pintar itu.

Namun begitu mereka menegaskan bahawa keselamatan produk dan pengguna mereka adalah sangat penting dan akan menyiasat perkara itu dengan menyeluruh.

Sumber: MalaysiaKini

Baca juga: Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti