Pada awal Disember lalu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan permohonan dalam talian i-Sinar boleh dibuat mulai 21 Disember 2020.
Dengan itu, permohonan i-Sinar bagi Kategori 1 telah pun dibuka bermula hari ini. Dalam memberikan kelancaran bagi urusan permohonan i-Sinar, KWSP juga telah membuka talian Hotline khas i-Sinar yang mula beroperasi pada 21 Disember 2020.
Bagi anda yang ingin menghubungi talian Hotline i-Sinar, ianya boleh dilakukan melalui talian 03 8922 4848. Sebarang pertanyaan mengenai i-Sinar boleh dibuat melalui talian yang diberikan bermula 8.00 pagi hingga 8.00 malam pada Isnin hingga Jumaat.
Untuk mengetahui cara membuat permohonan i-Sinar secara dalam talian, layari pautan ini.
Sumber: KWSP