Malam semalam, Apple telah mengumumkan sebuah fon telinga premium AirPods Max yang berharga RM2,399.
Bersama-samanya, Apple turut menawarkan alat gantian seperti kusyen pad telinga yang berharga RM349 sepasang (2 unit, kiri dan kanan).
Terdapat 5 pilihan warna yang boleh dibeli selari dengan 5 warna fon telinga AirPods Max iaitu Silver, Black, Green, Blue, dan Red.
Walau bagaimanapun, tarikh jualan rasmi kusyen pad telinga ini masih belum diumumkan sehingga tarikh yang diberitahu.
Rujukan: Apple Malaysia