Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera Super App

Kurangnya Penderma Organ, MySejahtera Mungkin Tawar Ciri Daftar Jadi Penderma

Posted on Mac 7, 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia bercadang untuk menggunakan aplikasi MySejahtera untuk memudahkan rakyat Malaysia bagi mendaftar sebagai penderma organ.

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin telah menyatakan kebimbangan beliau mengenai kekurangan penderma organ dalam negara ketika pelancaran Persidangan Tahunan Dialisis baru-baru ini.

Memandangkan jumlah penderma organ di Malaysia merupakan yang paling sikit di dunia, KKM berharap agar cadangan tersebut diterima dan orang ramai sudi untuk mendaftar bagi meningkatkan jumlah penderma organ di Malaysia.

Bilangan pesakit buah pinggang juga dijangka meningkat sehingga 106,000 orang menjelang tahun 2040. Oleh sebab itu, ahli kabinet telah bersetuju dengan cadangan tersebut dan hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Perdana Menteri Malaysia sahaja.

Sumber : The Star

Baca juga :

  • Buka Sempadan Mulai Mac, Thailand Sahkan Mereka Iktiraf MySejahtera
  • Ada Masalah Dengan MySejahtera? Kiosk MySejahtera Dibuka Untuk Bantuan ‘On-The-Spot’
  • Sijil Vaksin MySejahtera Berisiko Bertukar Menjadi Putih Jika Anda Penerima Sinovac Menolak Dos Penggalak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress